~ ya ALLAH hiburkanlah aku dengan Redha-mu dan sabar dengan setiap ujian yang engkau turunkan ~

Saturday 23 March 2013

~ BUTTON ~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,,,

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang,,, 
alhamdulillah,,, akhirnya diberi ruang dan 
masa jgk untuk menulis blog semula,,, 
hmmm,,, blog pown dah nak agak berabuk,, hehe,, Al-maklumlah, 
agak sibuk ckit dengan assignment2 yang diberi xsempat nak update blog,
 hmmm,,, kali ni faz nak kongsi 
ckit assignment faz yg terbaru, apa lagi klu bukan assignment grafik,,, hehe,,,, 
kali ni kmi di beri tugas untuk 
create button dengan menggunakan Adobe photoshop,,,, 
bak kata madam " saya memamg suka bagi 
assignment banyak2, sbb nak awak semua dapat ' A ' ,,," .
Erm,,, memang tak dinafikan agak penat ckit, 
maklumlah dah sem 2,,, lebih2 lagi kali ni memang kena byk ngadap laptop,,,
  takpe nama pown student kn, 
penat tu mesti wajib ada,, ha, bak kata pepatah
 "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian " 

insyaALLAH,,,,, pasti akan dapat hasilnya nanti,, ^__^

dan inilah hasilnya,,,,,,,,,,, 





faz guna CS5,,, ^__^



ha, lepas ni guna yg ini plk,,  insyaALLAH,,,, hehe,, ^__^



sentiase d ingati,,,



Taqia , Afiah , Faz , Akasya,,, ^__^




Nak berkenalan?? press this button,,, ^__^






Saturday 16 March 2013

Siapa Wanita Cantik ??




Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH. 
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.



2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN 
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.


3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.


6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.



7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI 

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.





Wednesday 13 March 2013

~ KHAT ~

Assalamualaikum semua,,, 
khat?? kenape tajuknya khat ye,
 okey baiklah faz nak cte ckit apa kaitannya khat dengan faz , hehe,, 
sebenarnya faz ambil koko khat untuk sem 2 ni,
 erm,, masa sem 1 dah cuba untuk daftar kursus ni,
 tp, dah penuh la plak, xde rzki, xpe faz cuba tunggu untuk sem 2, alhamdulillah,,, 
sesungguhnya perancangan ALLAH  itu yang terbaik, 
faz dapat daftar kursus khat untuk sem 2,,, hehe,, seronoknya,,, ^__^
ha, kelas koko faz ni setiap hari rabu jam 5 petang hingga 7 malam,,, 
okey, sebenarnya faz tak la mahir sangat dengan khat ni, 
tp kalau tulis tulisan jawi tu kira lawa jugak la (puji diri la plak) hehe,,, 
so, itu la tujuan faz ambil kursus ni, nak mahir ckit dalam bidang khat ni,
 hmm,,,, nampak macam senang je orang menulis khat kn,??
 tp, klu dah mula blajo,,, baru tahu hakikatnya,,, hehe,,,
okey, doakan faz supaya suatu hari nanti faz mahir dalam bidang khat ni ye,,,  ^__^


ini la alat yang digunakan,,,, ^__^


permulaan,,,,, hehe,,,


tgok tu faz guna pensel je, xmahir guna pen lagi,,, 


hehe,,, ^__^






hasilnya,,,, hehe,,, ^__^

Monday 11 March 2013

~ Surprise ~


Assalamualaikum semua,,,
 meh cni faz nk cte ckit ape yg surprise sgt tu,, hehe,,, sebenarnya,,, surprise untuk kwn faz yg comel ni, spe lagi klu bkn si afiyah tu,, bezday dye 9.3.1993,,, tp kmi sje jer wish lambat ckit, konon nk wt surprise la tp, pagi tu dah terkantoi plk dgn si bdk comel tu ,,, bak katanya " kte xsuke surprise2 ni " hmmm,,, tp xpe kmi buat biasa jer,, ha, jd kmi pown bercadang nk buat malamnya, so alhamdulillah dpt jgk akhirnya,,
 maaf la si comel afiyah, ni je yg blh kmi berikan, walaupun simple tp istemewa untukmu,,, hehe,,, 


empat potongan kek tanda empat ikatan ukhuwah antara kte,,,, hehe,,





juz for you,,, hehe,, ^__^


ha, ni la si comel tu,,, bersme  gadget kesukaannya,,, 



Saturday 2 March 2013

HAWA DIJADIKAN KETIKA ADAM a.s SEDANG TIDUR,



Pernahkah anda tertanya-tanya
me...ngapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya..

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya..

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.. 

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.. 

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .. 


HEBATNYA CIPTAAN ALLAH,,,, ^__^