~ ya ALLAH hiburkanlah aku dengan Redha-mu dan sabar dengan setiap ujian yang engkau turunkan ~

Tuesday 21 May 2013

21 MEI,,,, ^__^

Assalamualaikum semua,,, 
Apa khabar ?? hope semua sihat, hurm,,, dah lame kn xmenaip, dah berabuk blog ni, hehe,,
 maaf semua faz agak sibuk ckit smpi xde mse nk update blog, hehe,,
 ok2,,  based on the title, ha, knpe 21 mei ye?? 
ok faz bgtau, harini hari selase, 21 hb mei 2013,
 tarikh  yg sungguh bermakne buat faz dan juga kmbr yg mana merupakan tarikh lahir kami
 yang ke 20 tahun, dah tua dah,, hehe,, ok,, biasa la klu tiba hari lahir, 
mula la rase dunia ni kita yang punya, seronok tu jangan cakap la, 
kalau boleh senyum tu smpai nak ke telinga, hehe,
 siapa tak seronok kalau hari lahir kita di sambut orang, 
di beri ucapan dan doa, bukan tu je hadian dan kek pown dapat,,
 Alhamdulillah, rezki dari ALLAH,,, ha, seronok-seronok jugak, 
sebenarnya kita kena ingat tarikh lahir kita sebenarnya mengingatkan kita yang semakin hampir dengan kematian, ya ALLAH, faz ingat lagi kata-kata akk senior faz mse dye wish bezday faz, di kata " faz, umur semakin bertambah, so, amalan pown kena la bertambah ye,, " yup, faz akn sentiasa ingat pesanan tu, mekaseh kak, hehe,,, ok, rasanya dah banyak kot  faz membebel ni, hehe,,,,
 di sini faz nk ucapkan terima kasih byk2 kpd kwn2yg bg ucapan dan doa yg  post d facebook, msg dan juga sanggup cll semata-mata nk wish, terharunye, thanks semua, owh ye, tidak d lupakan juga semua kwn2 bqb2 yang bagi kek, serta sahabat2 4 jiwa satu hati, taqia, afiyah dan kasya yg blanje mkn, sedap sangat, mohon kalian semua doakn faz moga dengan bertambahnya umur faz ni, faz semakin matang, di permudahkan segale urusan dan berjaya dunia dan akhirat,, amin,, ^__^


bezday girl,, hehe,, ^__^





kek bersama sahabat  yg tidak di smbut sblom ini,, ^__^



kek dah tggal separuh,, sedapnya,,,,, 



ade org blanje,,, ^__^


hehe,,,,  ^__^

Saturday 23 March 2013

~ BUTTON ~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,,,

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang,,, 
alhamdulillah,,, akhirnya diberi ruang dan 
masa jgk untuk menulis blog semula,,, 
hmmm,,, blog pown dah nak agak berabuk,, hehe,, Al-maklumlah, 
agak sibuk ckit dengan assignment2 yang diberi xsempat nak update blog,
 hmmm,,, kali ni faz nak kongsi 
ckit assignment faz yg terbaru, apa lagi klu bukan assignment grafik,,, hehe,,,, 
kali ni kmi di beri tugas untuk 
create button dengan menggunakan Adobe photoshop,,,, 
bak kata madam " saya memamg suka bagi 
assignment banyak2, sbb nak awak semua dapat ' A ' ,,," .
Erm,,, memang tak dinafikan agak penat ckit, 
maklumlah dah sem 2,,, lebih2 lagi kali ni memang kena byk ngadap laptop,,,
  takpe nama pown student kn, 
penat tu mesti wajib ada,, ha, bak kata pepatah
 "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian " 

insyaALLAH,,,,, pasti akan dapat hasilnya nanti,, ^__^

dan inilah hasilnya,,,,,,,,,,, 





faz guna CS5,,, ^__^



ha, lepas ni guna yg ini plk,,  insyaALLAH,,,, hehe,, ^__^



sentiase d ingati,,,



Taqia , Afiah , Faz , Akasya,,, ^__^




Nak berkenalan?? press this button,,, ^__^






Saturday 16 March 2013

Siapa Wanita Cantik ??




Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH. 
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.



2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN 
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.


3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.


6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.



7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI 

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.





Wednesday 13 March 2013

~ KHAT ~

Assalamualaikum semua,,, 
khat?? kenape tajuknya khat ye,
 okey baiklah faz nak cte ckit apa kaitannya khat dengan faz , hehe,, 
sebenarnya faz ambil koko khat untuk sem 2 ni,
 erm,, masa sem 1 dah cuba untuk daftar kursus ni,
 tp, dah penuh la plak, xde rzki, xpe faz cuba tunggu untuk sem 2, alhamdulillah,,, 
sesungguhnya perancangan ALLAH  itu yang terbaik, 
faz dapat daftar kursus khat untuk sem 2,,, hehe,, seronoknya,,, ^__^
ha, kelas koko faz ni setiap hari rabu jam 5 petang hingga 7 malam,,, 
okey, sebenarnya faz tak la mahir sangat dengan khat ni, 
tp kalau tulis tulisan jawi tu kira lawa jugak la (puji diri la plak) hehe,,, 
so, itu la tujuan faz ambil kursus ni, nak mahir ckit dalam bidang khat ni,
 hmm,,,, nampak macam senang je orang menulis khat kn,??
 tp, klu dah mula blajo,,, baru tahu hakikatnya,,, hehe,,,
okey, doakan faz supaya suatu hari nanti faz mahir dalam bidang khat ni ye,,,  ^__^


ini la alat yang digunakan,,,, ^__^


permulaan,,,,, hehe,,,


tgok tu faz guna pensel je, xmahir guna pen lagi,,, 


hehe,,, ^__^






hasilnya,,,, hehe,,, ^__^

Monday 11 March 2013

~ Surprise ~


Assalamualaikum semua,,,
 meh cni faz nk cte ckit ape yg surprise sgt tu,, hehe,,, sebenarnya,,, surprise untuk kwn faz yg comel ni, spe lagi klu bkn si afiyah tu,, bezday dye 9.3.1993,,, tp kmi sje jer wish lambat ckit, konon nk wt surprise la tp, pagi tu dah terkantoi plk dgn si bdk comel tu ,,, bak katanya " kte xsuke surprise2 ni " hmmm,,, tp xpe kmi buat biasa jer,, ha, jd kmi pown bercadang nk buat malamnya, so alhamdulillah dpt jgk akhirnya,,
 maaf la si comel afiyah, ni je yg blh kmi berikan, walaupun simple tp istemewa untukmu,,, hehe,,, 


empat potongan kek tanda empat ikatan ukhuwah antara kte,,,, hehe,,





juz for you,,, hehe,, ^__^


ha, ni la si comel tu,,, bersme  gadget kesukaannya,,, 



Saturday 2 March 2013

HAWA DIJADIKAN KETIKA ADAM a.s SEDANG TIDUR,



Pernahkah anda tertanya-tanya
me...ngapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya..

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya..

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.. 

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.. 

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .. 


HEBATNYA CIPTAAN ALLAH,,,, ^__^









Tuesday 26 February 2013

SABARLAH DUHAI HATI,,,,

Begitulah janji ALLAH, Apa yang hilang pasti akan berganti,
Apa yang patah akan tumbuh kembali.

Mungkin sukar untuk kita menerima kehilangan sesuatu yang kita sayangi tapi percayalah,,,,

 ALLAH pasti akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik.,

percayalah pasti ade hikmah di sebalik semua itu,,,

hari ni merupakan hari kedua faz di kelas BQB2 , klu kgkwn nk tau faz dah tukar kelas, 

dah tak duduk kt BQB3 lagi,,,,, hmmm, faz rse lain ckit la tuk sem kali ni,
 semangat tuk blaja tu tak muncul2 lagi, biasala suasana dan kwn2 baru la katakan,,,

 fikiran ni asyik teringat kt kgkwn lama,,, pastu mula la air mata ni nk 

kuar,,, tp, xpe faz cuba untuk tahannya dari menitis ke pipi,,, 

faz cuba blaja macam biasa, buat2 takde pape masalah,,

 erm,,okey petang td abis je kelas Bahasa Arab,

 faz pown  keluar dari bilik kuliah dan terus menuju ke pondok yang ade kt fakulti FPQS tu, 

Ya ALLAH, tak sangka faz dpt jumpa kgkwn BQB3 kt sana, 

gembiranya hati faz ni hanya ALLAH je yang tahu, 

hati ni sebak sangat bila melihat kalian tadi, air mata yang 

faz tahan sebelum ni akhirnya jatuh juga ke pipi, 

sahabat2 BQB3 faz rindu sgt pada kalian semua,,,,

 rindu pada gurau senda serta gelak tawa kalian,,,,  

faz xblh terima kenyataan yang kalian semua dah tak bersama dgn faz lagi,,,,

 faz tak kuat utk hadapinya sorg2,,,

 tp, apakan daya faz terpakse untuk terima kenyataan itu,

 mungkin ade hikmah di sebaliknya kn,,,  

sahabat2 BQB3 doakn faz kuat ye, ( sedang mencari hikmatnya )

faz harap persahabatan kte masih kekal   sampai ke syurga,,insyaALLAH,,, 

yup, faz kne kuat !!! Blaja utk terima semua ni, baiklah faz akan cuba,,

  sesungguhnya ayat ini la yang memberi faz kekuatan serta mengajar faz 

untuk sabar dan redha,,,


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
~Surah Al- Baqarah : 216






Ya ALLAH, ajarkan aku erti REDHA
 tentang segala apa,,,
yang telah ditetapkan olehmu,,,,


~sabarlah duhai H.A.T.I ~


Saturday 23 February 2013

WANITA DAN CERMIN,,,



Assalamualaikum semua,,,

 "sesungguhnya Wanita dan Cermin memang tidak dapat di pisahkn "

erm,,, sebagaimana yg kte semua tahu, CERMIN adalah alat yang tidak asing lagi dalam 

kehidupan manusia terutamanya kpd yg bergelar wanita, klu tak tgok cermin satu hari mmg tak 


sah, cermin kereta pown jd,,, hehe (termasukla org yg ckp ni) hmmm,,, knpe ye orang 


perempuan suka sgt tgok cermin, jom kte cri sbbnya,,,,



ha, inilah sbbnya knpe org perempuan suka sgt tgok cermin,



CERMIN DAN PENAMPILAN
Dengan cermin wanita dapat memilih, mengatur dan menilai sejauh mana tahap penampilannya. Sebab itulah, pergi ke mana-mana sahaja, pastinya wanita akan melihat cermin untuk memastikan penampilannya kemas dan sesempurna yang diinginkan. Dengan cermin juga, wanita akan bertambah yakin untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Namun, jika terlalu kemaruk dengan apa yang anda lihat di cermin, khuatir akan menyebabkan seseorang wanita jadi 'over' dengan penampilan yang dipilih biarpun sebenarnya kelihatan sangat pelik, tidak sesuai malah menjengkelkan. Sebagai saranan, mintalah pendapat orang sekeliling tentang penampilan anda juga, Jangan terlalu percayakan apa yang dilihat, kerana khuatir ada juga kelemahannya.

jangan jadi macam ni sudah,,, hehehe,, 

okey, faz nk kongsi ckit la tips melihat cermin supaya nk elakkn diri kte dari

 tgok cermin lama2,, pertama, bce bismillah dan  doa melihat cermin,,, 

seterusnya niatkan dalam hati agar akhlak kte sentiasa cantik sepertimana 

cantiknya wajah kte yg di kurniakn oleh ALLAH tu,  seterusnya cuba tnye 

cermin tu elok2,,, adakah pakaian kte tu dah cukup sempurna untuk di bawa 

keluar, tak kesah la nk pakai apa pown yg paling penting menutup aurat dan 

mengikut syariat ye kwn2,,, dan yg paling penting niat kerana ALLAH ye,,

insyaALLAH, klu semua amalkn tips ni kompem x tgok cermin lama2 

dan akn rse lebih yakin nk keluar rumah,, hehe,, jom sama2 amalknnya,,,,  ^__^








Friday 22 February 2013

1st assignment,, ^__^


Assalamualaikum wbt,,,

salam perkenalan buat semua,,,  first time kot buat blog,,,hehe,, erm, untuk pengetahuan semua blog ni tercipta ats sbb tugasan assignment yg telah di berikn oleh  madam fathihin bg subjek Pengantar Grafik Laman Web untuk sem 2 ni, sebenarnye tak minat pown nk buat blog, tp di sbbkn sy ambil kos quran multimedia, so blog tu wajib bg sy untuk wujudknnye,,,, hope dgn adenye blog sy ni dpt la ckit share somethings dgn korg semua, moga mendapat manfaat bersama,,,, 
~ wasalam ~